Thursday, 26 September 2013

Benda baru

Da terlambat satu hari niii!!! .. huhu, kita crite pasal semalam la dulu ek. semalam, 24 hb September 2013, pukul 2 petang tambah tambah macam tu, aktiviti adalah memancing tokk! hehe . dengan encik A la. so, kitorang gi mancing dari pukul 2 petang sampai la pukul 7. memancing untuk suka-suka, ni adalah salah satu hobi encik A. kita yang dari kecik hingga la besor sampai mcm ni, sepanjang kite hidup ni, dari perak, johor and sekarang kat bangi ni, sejak kenal encik A ni, haa, kan byk tu, ni la buat pertama tama kalinya kita memancing. eksklusif tokk. ingat senang? huhu, sampai kan i pun terjebak dengan aktiviti-aktiviti ni u , kan gitu.. panas, berjemur tu standard, kalau tak tahan, duduk rumah, tidur, makan, tidur. Tapi fine, encik A winner, sebab joran dia je yang kena, kita siap mandikan cacing tu lagi, ikan boleh tak nak . ni mesti ikan betina, tak pun ikan gatal. Bila dapat ikan, kitorang lepas kan balik, yela, untuk seronok-seronok je. untuk tenangkan hati. untuk lupakan masalah sekejap. hidup ni kalau tak ade masalah, bukan hidup nama nya. lama gak la kan . 1 sampai 7, tapi tu pun sekejap sgt. tak puas sebenarnya. Family encik A ni memang suka memancing. Bukan hobi da, tapi boleh kata aktiviti keluarga. ade bot sendiri. kalau nak hardcore, pegi laut. mancing sampai lebam , muntah la kat laut tu. huhu
then, lepas mancing, biasa lah, makan.. kitorang memang suka makan. makan malam. pastu encik A hantar balik. bila da balik, apa lagi.. kedebumm kat katil. so, lebor da la, lenyap la cik yus utk semalam. gambar-gambar yang sempat di klik!


okay, sekarang binatang ni jadi pet kita. ha, duk la dalam baldi tu. dok diam-diam


ni ikan ketutu encik A cakap. kalau tanya kita, kita jawab, ni la ikan. huhu


muka comot, ni bajet je, pinjam ikan orang, pastu kita snap. 

gambar encik A, nanti la kita tunjuk ea.  sekarang tak boleh u olzz. bia menjadi tanda tanya.
tertanya-tanya kan bagus. huhu. bye bye.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.